Thursday, October 4, 2012

PANTUN TEKA TEKI



Kalau Tuan pergi ke kedai
Belikan saya buah keranji
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?
JAWAPAN:…………………………
Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Bila bermain diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?
JAWAPAN:…………………………

Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
JAWAPAN:…………………………

Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?
JAWAPAN:…………………………

2 comments:

  1. Pantun teka-teki merupakan sebahagian daripada puisi yang sangat disukai oleh kanak-kanak kerana mereka dapat menguji minda untuk mencari jawapan berdasarkan pantun tersebut. Perbanyakkan pantun teka-teki untuk murid-murid sebagai selingan ketika P&P agar suasana belajar lebih menyeronokkan.

    ReplyDelete
  2. Apakah jawapan teke-teki tersebut??

    ReplyDelete