Thursday, December 13, 2012

Memahami Peribahasa.


Peribahasa : Simpulan Bahasa 

1.
Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling
 ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.  
2.
Simpulan bahasa membawa maksud yang berlainan daripada 
maksud perkataan yang membentuknya.  
3.
Penggunaan simpulan bahasa yang tepat amat digalakkan 
terutamanya dalam penulisan.  
4.
Hal ini demikian kerana sesuatu hasil penulisan yang memuatkan 
simpulan bahasa akan menjadi lebih menarik dan indah gaya
 bahasanya.  
5.
Simpulan bahasa dapat digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri,
 sikap atau tabiat seseorang.   
Contoh : 


a) banyak mulut - suka bercakap
b) besar kepala - degil
c) otak cair - cerdik
d) ringan mulut - peramah
e) tangkai jering - kedekut


7.
Selain simpulan bahasa, murid-murid perlu juga mempelajari
 bentuk-bentuk peribahasa yang lain seperti:  
    1. perumpamaan
    2. bidalan
    3. pepatah

8.
Perhatikan contoh simpulan bahasa, maksudnya, dan penggunaannya
 dalam ayat yang ditunjukkan dalam jadual berikut.






 


Mari Belajar Tatabahasa.

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Tatabahasa : Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Dalam pengajaran dan pembelajaran di Bahasa Melayu, kata nama sering digunakan. Kata nama boleh dibahagikan kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Dalam artikel ini, saya akan memperkatakan tentang kata nama am dan kata nama khas. Kata nama am dan kata nama khas mula diperkenalkan kepada pelajar-pelajar sejak di Tahap Satu sekolah rendah lagi.

Kata Nama Am
Kata nama am sering digunakan untuk merujuk kepada sesuatu benda, manusia, binatang, tempat, tumbuhan-tumbuhan dan lain-lain lagi. Huruf pertama bagi setiap kata nama ditulis dengan huruf kecil kecuali untuk permulaan ayat.

Contoh:
Benda    -  meja, kerusi, kipas, pensel, baju, kereta
Manusia -  ayah, ibu, guru, murid, doktor, jururawat, petani
Binatang -  ayam, itik, kucing, lembu, arnab, kuda
Tempat  -  sekolah, rumah, pejabat, masjid, hospital
Tumbuh-tumbuhan - padi, cendawan, keladi, rumput

Ayat-ayat di bawah ini mengandungi kata nama am. Cuba senaraikan perkataan-perkataan itu.
1.   Saya pergi ke sekolah pada waktu tengah hari.
2.   Pertandingan itu akan diadakan di dewan pada minggu hadapan.
3.   Ayah membeli sebuah kipas di kedai itu.
4.   Kereta ibu yang rosak itu telah dihantar ke bengkel.
5.   Datuk saya menanam pokok cili dan menternak ayam di belakang rumah.


Kata Nama Khas

Kata nama khas bersifat istimewa dan hanya satu sahaja rujukan dalam dunia. Kata nama khas digunakan untuk merujuk nama sesuatu benda, manusia, binatang, tempat, judul buku dan lain-lain lagi. Huruf pertama pada kata nama khas perlulah ditulis menggunakan huruf besar.

Contoh:
Benda     -  Proton Perdana, Piala Malaysia, Tugu Negara
 
Manusia   -  Muhammad Azwar, Letchumanan, Marina, Silvia, Cikgu Ashaari
Binatang   -  Si Jalak, Si Tompok, Sang Belang
Tempat    -  Klang, Selangor, Malaysia, Sekolah Kebangsaan Batu Belah
Judul buku  -  Dewan Pelajar, Kuntum, Tatabahasa Dewan

Ayat-ayat di bawah ini mengandungi kata nama kas. Cuba senaraikan perkataan-perkataan itu.
1.  Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Batu Belah.
2.  Proton saga di bawah pokok itu kepunyaan abang saya.
3.  Sang Rangkak membaham haiwan yang menyeberang sungai itu.
4.  Amirul membeli senaskhah majalah Dewan Siswa di Kedai Buku Ramli.
5.  Kakak saya belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.







Friday, October 12, 2012

Cerita Binatang


Gemersiknya suara


Hayati

Hayatilah Wahai Kaum Guruku...
Kalau guru mengajar sambil duduk
Murid belajar sambil mengantuk

Kalau guru mengajar banyak bercakap
Murid belajar menjadi gagap

Kalau guru mengajar sambil berlakon
Murid belajar dengan tekun

Kalau guru mengajar tanpa menilai
Tidak akan tahu murid bodoh atau pandai

Kalau guru pemudah cara
Murid belajar pandai berbicara

Kalau guru berbudi bahasa
Dikenang murid sepanjang masa 

Thursday, October 4, 2012

KEHIJAUAN

Kehijauan di mana- mana

kehijauan keindahan yang tak ternilai

PANTUN TEKA TEKI



Kalau Tuan pergi ke kedai
Belikan saya buah keranji
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?
JAWAPAN:…………………………
Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Bila bermain diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?
JAWAPAN:…………………………

Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
JAWAPAN:…………………………

Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?
JAWAPAN:…………………………