Thursday, December 13, 2012

Memahami Peribahasa.


Peribahasa : Simpulan Bahasa 

1.
Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling
 ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.  
2.
Simpulan bahasa membawa maksud yang berlainan daripada 
maksud perkataan yang membentuknya.  
3.
Penggunaan simpulan bahasa yang tepat amat digalakkan 
terutamanya dalam penulisan.  
4.
Hal ini demikian kerana sesuatu hasil penulisan yang memuatkan 
simpulan bahasa akan menjadi lebih menarik dan indah gaya
 bahasanya.  
5.
Simpulan bahasa dapat digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri,
 sikap atau tabiat seseorang.   
Contoh : 


a) banyak mulut - suka bercakap
b) besar kepala - degil
c) otak cair - cerdik
d) ringan mulut - peramah
e) tangkai jering - kedekut


7.
Selain simpulan bahasa, murid-murid perlu juga mempelajari
 bentuk-bentuk peribahasa yang lain seperti:  
    1. perumpamaan
    2. bidalan
    3. pepatah

8.
Perhatikan contoh simpulan bahasa, maksudnya, dan penggunaannya
 dalam ayat yang ditunjukkan dalam jadual berikut.






 


11 comments:

  1. Peribahasa banyak memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dengan tujuan memberi nasihat, peringatan mahupun sindiran.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.

    ReplyDelete
  3. Penerangan yang jelas, gambar juga menarik, good job!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih, saya akan cuba menambahkan bahan-bahan lain yang menarik untuk dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  5. Bukan senang nak ajar BM ye..saya yang tengah belajar ni pun dah pening...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata cikgu itu. Subjek BM terlalu luas dan banyak aspek tatabahasa yang hendak diajar. Apa pun, sebagai seorang guru, kita haruslah memastikan semua itu perlu dikuasai oleh murid dengan baik.

      Delete
  6. Gambar-gambar yang menarik, bukan sahaja murid-murid akan tertarik, cikgu pun suka. Well done sahabat, teruskan berblog. Sila lah ke blog saya pula dan komen apa2 yang tak betul....niniescribble.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. sekarang ni dah ramai yang tak tahu penggunaan peribahasa dalam kehidupan harian.. kalau tak di asuh dari sekarang tak mustahil suatu hari nanti anak-anak muda hilang jejak pedoman..

    ReplyDelete
  8. Benar kata Shamil tu. Anak-anak sekarang sudah tidak lagi menggunakan peribahasa dalam mengungkapkan sesuatu yang hendak disampaikan. Maka, menjadi tanggungjawab semua untuk menghidupkan kembali penggunaan peribahasa ini.

    ReplyDelete